Resepi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis


Assalamualaikum wbt

Sempena musim durian ni, inilah masanya untuk bermewah2 dengan makanan yang berasaskan durian. Tapi dalam banyak2 pilihan, aku suka sangat dengan tempoyak tak kira lah tempoyak masak apa sekali pun. Paling kesukaan aku tentulah ikan patin masak tempoyak, nak lebih spesifik lagi, tentulah dari air tangan mak sendiri. Aduh tetiba meleleh air liur ni...

Untuk entry kali ni, aku bukan nak share resepi patin masak tempoyak, tapi aku nak share resepi sambal tempoyak petai ikan bilis.... serius gais, sambal tempoyak petai ikan bilis ni sedap sangat...


Ajomlah kita tengok resepinya:

Bahan2

Petai (ikut suka nak banyak mana)
Tempoyak (agak2- dalam 2 3 sudu)
2 genggam ikan bilis (kalau rasa genggaman tu kecik sangat, tak cukup bolehlah lebihkan lagi)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Cili api (letaklah ikut suka pun)
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 membuatnya
Potong petai ikut saiz yang kita nak. Seketul2 tak payah potong pun takder masalah.

Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api, kunyit hidup.. ketepikan

Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumbuk tadi, tumis sehingga naik bau. Masukkan ikan bilis dan tempoyak.

Masukkan garam dan perasa secukupnya. Tambah air, kemudian kacau sehingga semua bahan mesra dan pekat...

Taraaaaa! Siap! Sedia untuk dihidangkan dan dimakan bersama keluarga, rakan2 ataupun jiran tetangga.. makan sorang2 pun layan gais.

Selamat mencuba!


.

Comments

Popular Posts